IPhone 8, 8 Plus dapat warna baru…bukan hijau, bukan biru tua, bukan biru muda

Share Button

Apple bakal memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus warna merah pada minggu ini.

Ia dijangka didatangkan di Malaysia dalam tempoh sebulan.

Harga iPhone 8 dan IPhone 8 Plus kekal sama.

Model Apple iaitu iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapatkan dalam dua pilihan storan iaitu 64GB dan 256GB dijual di Malaysia pada harga bermula serendah RM 3,469.

iPhone 8 dengan 64GB dijual pada nilai RM3,649 manakala iPhone 8 dengan storan sebesar 256GB berharga RM4399.

iPhone 8 Plus dengan ukuran skrin 5.5 inci boleh didapatkan pada harga RM4149 untuk setiap unit dengan RAM 64GB manakala 256GB pula ditawarkan pada RM4899.

Sebelum ini, anda boleh memilih untuk mendapatkannya dalam tiga warna berbeza termasuk Gold, Silver dan Space Grey.

Apa komen anda?