Huawei bikin kecoh di Sunway Pyramid

Share Button

Suasana meriah di pusat beli belah Sunway Pyramid apabila kira-kira 10,000 pengguna menyerbu jerayawara (roadshow) Huawei sempena pelancaran P20 dan P20 Pro yang berlangsung sehingga 8hb ini.

Pengguna sudah beratur seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan peranti pisang goreng panas tersebut.

Penantian ternyata berbaloi apabila tawaran pada jerayawara kali ini lebih hebat apabila pengguna mampu memperoleh hadiah percuma bernilai RM999.

Seorang pengguna, Aizudin Mohd Nan berkata, dia berjaya mendapatkan Huawei P20 Pro dengan harga RM3,299 namun berbaloi dengan nilai hadiah percuma tersebut.

“Saya dapat sebuah pencetak Canon, powerbank SuperCharge, kabel pantas, fon telinga bluetooth, kabel SuperCharge, kabel USB dan hamper,” katanya.

Tambahnya, beratur memang panjang namun ia tersusun dengan bantuan staf Huawei dan memperoleh Huawei P20 Pro dengan mudah.

Manakala seorang lagi pembeli, Mohd Fakri Mohd terlepas mendapatkan fon idaman, Huawei P20 Pro apabila ia habis sebaik tiba jam 2 petang.

“Dah habis tapi saya dah buat bayaran dan boleh dapatkan Huawei P20 Pro yang diidamkan pada Isnin ini,” katanya.

Staf Huawei yang ditemui berkata sambutan ini luar jangkaan dan sokongan pembeli sememangnya mengagumkan.

“Ia sangat hebat, ramai yang beratur dan ramai juga yang mencuba dua model telefon. Sambutan memang menggalakkan. Kami akan bawa stok baru esok dan lusa jadi jangan risau akan ada” Katanya.

bsh

Huawei P20 dijual pada harga RM2,599 manakala P20 Pro pula ditawar pada harga RM3,299.

Ia dijual dengan dua warna pilihan merah jambu, hitam dan biru.

P20 memiliki RAM 4GB dengan storan 128GB manakala P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Huawei P20 mempunyai skrin 5.8 inci 2244 x 1080 piksel FHD+ yang nisbah skrinnya 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

P20 Pro pun begitu dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

Secara keseluruhannya, P20 datang dengan dwi lensa dan P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Apa komen anda?