Honor potong harga dua model fon ini

Share Button

Honor mengurangkan harga dua model telefon, View10 dan 7X masing-masing sebanyak RM200.

Harga bagi dua model tersebut kini RM1,899 bagi honor View10 yang sebelum ini dijual pada harga RM2,099.

Manakala honor 7X pula berharga baru RM899 berbanding RM1,099 sebelum ini.

Honor View10 mempunyai skrin 5.99 inci LCD dengan nisbah aspek 18:9 memang cukup lebar ketika menonton.

Kamera pula 16MP+20MP dengan apertur antara f0.95 hingga f.16 manakala kamera depan pula 13MP jenis PDAF.

Ia datang dengan storan 128GB bersama RAM 6GB yang kemudian mempunyai CPU Kirin paling tinggi, Kirin 970 ocra core ( 4 x 2.36GHz+ 4 x 1.8GHz).

Manakala honor 7X juga berskrin 18:9 tersebut sudah pasti membolehkan anda bermain game dengan lebih seronok kerana kebanyakan aksi terpapar di skrin.

Tanpa bezel, ia tidak mendatangkan masalah untruk menempatkan dwi lensa 16MP+2MP pada kamera belakang dengan apertur besar dan fokus pantas setanding kamera DSLR yang ada di pasaran.

Apa komen anda?