Honor 9 Lite dijual murah… sekali lagi

Share Button

Honor kembali dengan jualan murah ‘beberapa jam’ melalui model Honor 9 Lite yang dijual pada potongan harga RM50 di Shopee dan Vmall.

Ia susulan permintaan hangat di mana laman edagang Shopee habis dijual dalam tempoh tak sampai lima minit.

Honor 9 Lite menjadi produk pisang goreng panas dijual pada harga hanya RM699 berbanding harga asal RM749.

Tawaran tersebut hanya sah sehari pada 25 April ini bermula 12 pagi hingga 9 pagi di Shopee dan 9 pagi hingga 5 petang di Vmall manakala harga asal akan digunapakai selepas tempoh itu.

Honor 9 Lite mempunyai empat kamera dalam satu fon, dua di depan dan dua juga di belakang beresolusi 13MP+2MP pada keduanya dengan harga yang tidak masuk akal.

Paparan FullHD skrin LCD tanpa bezel bersaiz 5.65 inci yang dipadankan dengan rekaan berkilau membolehkan peranti ini kelihatan sungguh eksklusif dan nampak mahal biarpun berada dalam kelas pertengahan.

Bagi keupayaan kamera pula, Honor 9 Lite dilengkapi dua lensa 13MP dan 2MP di hadapan dan belakang bagi menjanjikan hasil imej yang jelas.

Apa komen anda?