Honor 10, telefon yang ‘sebiji’ abangnya iaitu Huawei P20 bakal memasuki pasaran Malaysia sebelum raya, bukan pilihan raya tapi hari raya.
Fon Honor 10 mempunyai skrin 5.84-inci 2,280 x 1,080 LCD.
Ia akan beroperasi pada Kirin 970 chip (jika memperoleh set RAM 6GB), bateri 3400mAh dan kamera yang hebat.
Honor 10 mempunyai kamera 16MP+24MP (warna+monokrom) manakala kamera depan 24MP, kamera tunggal.
Menariknya pengimbas cap jarinya agak responsif kepada jari yang basah.
Harga dijangka antara RM1,600 hingga RM2,000.
Apa komen anda?