Hero The Avengers: Infinity War dalam Acer

Share Button

Apa persamaan Ironman, Captain America dan Thanos?

Jawapannya, ketiga-tiganya ada watak dalam laptop hebat baru Acer menerusi Aspire 6 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America, Nitro 5 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos dan Swift 3 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man.

Laptop ini hanya ditawarkan di lapan buah negara di rantau Asia Pasifik dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat hak untuk memasarkannya. Negara-negara lain termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.

Aspire 6 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America

Di sebalik penutup aluminium premium yang menampilkan pentagram ikonik Captain America, Aspire 6 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i5- 8250U Gen ke-8 dan grafik NVIDIA® GeForce® MX150. Aspire 6 edisi khas ini hadir bersama memori DDR4 4 GB (pengguna boleh menaik taraf kepada 16GB), storan SATA 1 TB HDD dan kamera HD dengan HDR. Sementara Dolby® AudioTM Premium menawarkan pengalaman hiburan yang mengagumkan. Rangkaian ketersambungan yang pantas pula disediakan oleh teknologi tanpa wayar 2×2 MIMO 802.11ac dan Gigabit Ethernet.

Prestasi multimedia yang telah dipertingkat membuatkan Aspire 6 edisi khas ini lebih menyerlah berbanding komputer riba yang lain. Paparan Full HD bersaiz 15.6 inci dengan teknologi IPSi menawarkan warna konsisten dan pandangan dari sudut yang luas. Acer TrueHarmony pula memberikan kualiti audio yang lebih realistik, manakala dua mikrofon digital dengan Acer Purified.Voice memastikan pengalaman menggunakan Cortana dengan Voice yang hebat. Sebagai peranti persisian tambahan, terdapat satu port USB 3.1 Type-C Gen 1, satu port USB 3.0 yang menyokong pengecasan power-off dan dua port USB 2.0.

Aspire 6 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition ditawarkan pada harga RM 3,299.00.

Nitro 5 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos

Nitro 5 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos baharu merupakan sebahagian daripada rangkaian produk permainan vídeo kasual Nitro Acer. Penutup bahagian atas komputer riba itu menampilkan potret Thanos yang didekorasikan dengan teknologi IMR (In-Mold Roller). Ia menyempurnakan lagi garis-garis chasis berwarna hitam matte dan kemasan berus yang halus. Nitro 5 edisi khas ini dikuasakan oleh grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050 dengan GDDR5 VRAM, 4GB, pemproses Intel® CoreTM i5-7300HQ Generasi ke-7 dan memori DDR4 8 GB (pengguna boleh menaik taraf kepada 16GB).

Ideal untuk mempercepatkan tempoh boot-up dan memendekkan masa pemuatan ketika bermain, Nitro 5 edisi khas dilengkapi 128 GB SSD yang amat pantas serta dipadankan dengan storan 1 TB HDD. Satu port Gigabit Ethernet menawarkan sambungan berwayar yang pantas dan boleh diharap. Manakala teknologi tanpa wayar 802.11ac 2×2 MU-MIMO menawarkan ketersambungan tanpa wayar yang cukup laju. Pilihan port yang komprehensif termasuklah satu port USB 3.1 Type-C (Gen 1), satu port USB 3.0 dengan pengecasan power-off, dua port USB 2.0 dan satu port HDMI 2.0i yang boleh menyokong refresh rate sehingga 90 Hz.

Nitro 5 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos memiliki paparan Full HD (1920 x 1080) IPSii bersaiz 15.6 inci. Sementara teknologi Dolby AudioTM Premium dan Acer TrueHarmonyTM menawarkan kedalaman bunyi yang luar biasa. Semua teknologi ini bekerjasama untuk menawarkan pengalaman yang cukup mengasyikkan ketika menonton filem atau bermain permainan video. Sistem permainan video pasti tidak lengkap tanpa penyelesaian suhu untuk menguruskan masalah haba dan memastikan sistem dapat beroperasi secara optimum. Nitro 5 tampil dengan dua kipas bersama teknologi Acer CoolboostTM yang meningkatkan kelajuan kipas dan keupayaan penyejukan. Ia juga membolehkan pengguna mengawal proses penyejukan secara manual apabila diperlukan.
Nitro 5 – Ediso Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos ditawarkan pada harga RM 4,299.00.

Acer Swift 3 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man

Dengan ukuran 17.95 mm dan berat 1.6 kg, reka bentuk Swift 3 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man yang ringan dan nipis ini hadir bersama penutup bahagian atas yang dihiasi nyalaan Arc Reactor Iron Man. Komputer riba ini dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i5-8250U Generasi ke-8, Intel® UHD Graphics 620 dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jami untuk membolehkan pengguna menggunakannya sepanjang hari untuk tujuan kerja dan sebagainya. Selain daripada ketahanan bateri, Swift 3 juga mempunyai pelbagai ciri terbaik untuk mencapai produktiviti maksimum. Ini termasuklah paparan anti-silau Full HD IPS bersaiz 14 inci, 256 GB SSD yang pantas, memori 8 GB serta teknologi tanpa wayar 802.11ac 2×2 MU-MIMO untuk sambungan internet yang laju dan stabil.

Ia dilengkapi satu port USB 3.1 Type-C dan satu kamera web (webcam) HD dengan ciri Super High Dynamic Range. Akhir sekali, papan kekunci dengan pencahayaan membuatkan urusan menaip dalam persekitaran yang malap lebih mudah. Precision Touchpad yang besar pula memberi ruang selesa untuk tujuan navigasi, membuat tatalan dan zoom.

Swift 3 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man ditawarkan pada harga RM 4,399.00.

Apa komen anda?