“Harga Huawei P20 pasti bawah RM3,000” – Huawei

Share Button

“Huawei P20 pasti dijual di bawah RM3,000 tapi saya tak boleh komen lebih lanjut.” Kata seorang eksekutif Huawei.

Huawei P20 dan P20 Pro mula menerima tempahan di Malaysia pada 3 April ini.

“Harganya perlu lebih murah berbanding Mate 10 Pro namun jika dibandingkan pada tahun lepas, harga lebih tinggi berbeza ketika P10 dikeluarkan.” Kata eksekutif itu lagi.

Huawei P20 dan P20 Pro dijangka dijual pada harga masing-masing RM2,699 dan RM3,299.

P20 memiliki RAM 4GB dengan storan 128GB manakala P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Huawei P20 mempunyai skrin 5.8 inci 2244 x 1080 piksel FHD+ yang nisbah skrinnya 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

P20 Pro pun begitu dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

Secara keseluruhannya, P20 datang dengan dwi lensa dan P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Apa komen anda?