Fon kaw kaw Android dalam Asus Zenfone Max Pro M1

Share Button

Asus mula cergas dalam memperkenalkan produk mereka. Bukan calang-calang apabila terbaru ia melancarkan Zenfone Max Pro M1.

Tumpuan pada paparan 18:9 full-HD+ dan bateri besar 5000mAh, seperti biasa mampu bertindak sebagai was powerbank.

Ia menggunakan Snapdragon 636 dengan varian RAM 3GB dan storan 32GB atau 4GB+64GB.

Berwarna hitam atau perak, Asus Zenfone Max Pro M1 yang mempunyai versi Android 8.1 Oreo dan bakal menerima out-kemaskini Android P dan Android Q.

Zenfone Max Pro M1 mempunyai dwi kamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel.

Manakala kamera depan pula 8 megapiksel.

Dengan bateri besar, Zenfone Max Pro M1 datang bersama pengecas 10W.

Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan memasuki Malaysia selepas Mei 2018.

Di India, Zenfone Max Pro M1 dijual pada harga Rp10,999 (3GB+32GB) anggaran RM647 dan Rp12,999 (4GB+64GB) anggaran RM746.

Apa komen anda?