Dua nyawa selamat di landasan LRT hasil teknologi baru

Share Button

Teknologi baru yang dipasang RapidKL ia itu sistem keselamatan yang dikenali sebagai Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) berjaya menyelamatkan dua nyawa hari ini.

Ia terjadi apabila wanita mengandung terselamat selepas terjatuh ke atas trek di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, pagi tadi.

Sistem PIES bertindak memberhentikan tren berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul jam 7.48 pagi itu apabila wanita berusia 26 tahun sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja namun tiba-tiba terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform.

Sistem PIES yang dipasang di setiap platform berfungsi dengan memberhentikan tren yang sedang menghampiri platform secara serta merta apabila ia mengesan ada objek yang terjatuh ke atas trek.

Sistem PIES berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi 7kg ke atas plat PIES.

PIES ini dipasang di semua platform di stesen LRT Laluan Kelana Jaya kecuali di stesen bawah tanah.

Manakala bagi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling kerja-kerja pemasangan PIES sedang dijalankan dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

Khairani Mohamed yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd berkata, wanita berkenaan terselamat kerana polis bantuan yang berada di lokasi kejadian bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

Khairani berkata, “Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen berfungsi dengan baik sekali. Sistem PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata duniabagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek.

Laluan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepunuhnya pada jam 8.15 pagi selepas kira-kira 25 minit mengalami kelewatan jadual perjalanan.

Apa komen anda?