Celcom tawar prabayar baru, Walla masih percuma

Share Button

Celcom memperkenalkan pelan prabayar Xactly You disasarkan kepada pengguna berusia 25 tahun ke bawah dengan 50 peratus lebih banyak internet untuk semua pelan internet bulanan dan fleksibiliti untuk memilih sama ada pelan pascabayar atau prabayar Xpax.

Pelan Pascabayar Xpax membolehkan pengguna-pengguna memilih kaedah bayaran pilihan melalui aplikasi Celcom Life yang baru, sama ada melalui bil bulanan pasca bayar biasa atau melalui pembelian tambah nilai.

Bermula hari ini, pengguna boleh menjadi Xactly yang mereka mahukan dengan tawaran Xpax yang inovatif seperti berikut:
Pek Permulaan Xpax (RM10)

Internet Asas 10GB PERCUMA, kredit prabayar RM6 dan bonus internet pengaktifan sebanyak 300MB dengan tempoh sah 5 hari.

Fleksibiliti dan kebebasan memilih satu ganjaran bulanan PERCUMA setiap bulan:
• 10GB Facebook
• 10GB Instagram
• 3GB YouTube
• Whatsapp, WeChat & Twitter berkelajuan tinggi tanpa had.
Pelan Internet Xpax yang ditambahbaik

Untuk hiburan muzik dan video yang tiada had:
Pelan Harian : RM3 (2GB) / RM5 (4GB)
– Muzik Walla™ PERCUMA tanpa had
Pelan Mingguan: RM6 (500MB)/RM10 (2GB) /RM19 (5GB)
– Akses kepada Muzik Walla™ dan iflix premium PERCUMA tanpa had
Pelan Bulanan: RM30 (5GB) / RM50 (10GB) RM79 (15GB +15GB Video Walla™)
– YouTube larut malam (1AM-7AM) PERCUMA tanapa had
– Akses kepada Muzik Walla™ dan iflix premium PERCUMA tanpa had
(Untuk pengguna bawah 25 tahun)
Pilih di antara pascabayar Xpax dan prabayar Xpax!

Pelan Internet Bulanan Xpax Youth (50% lebih internet!):
• RM50 (15GB)
• RM79 (22.5GB)
• Panggilan PERCUMA tanpa had kepada lima rakan di rangkaian Celcom
Tawaran istimewa Pelan Pascabayar Xpax
• Diskaun 50% untuk peranti terpilih serendah RM199
• iPhone 6 serendah RM29 sebulan dengan pelan ansuran EasyPhone™
Nikmati GANJARAN Xpax Youth istimewa (Percuma 100GB Super Video Walla™ pada hari jadi anda) melalui cara berikut:
• Muat turun aplikasi Celcom Life di Google Play atau App Store
• Sertai Xpax Youth dan langgani Pelan Internet Bulanan Xpax RM30, RM50 atau RM79
• Daftar lima rakan untuk panggilan tanpa had
Tawaran Tempoh Terhad Pengguna Baru Xpax
• RM5 kredit Boost

Pengguna yang berpindah ke Xpax
• PERCUMA 1GB internet berkelajuan tinggi setiap bulan selama 12 bulan
Tiga Kali Ganda Kuota Internet
• Tiga Kali ganda kuota untuk pelan Xpax mingguan atau bulanan
• Tiga Kali ganda Kuota untuk pembelian add-on
Aplikasi Celcom Life terkini yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store, menyediakan akses kepada akaun Xpax dan First. Ia memberikan wajah baru yang lebih segar, dengan pengalaman yang ditambahbaik dan pengantaraan digital yang lebih mudah bagi urusan seperti transaksi dalam talian, pembelian tambah nilai atau add-on, atau memantau penggunaan data mereka dan banyak lagi.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata Xpax telah diberi dengan nafas baru yang lebih segar dalam memberikan pengalaman pengguna yang lebih hebat dan menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada para pengguna untuk menjadi ‘Xactly’ diri mereka yang sebenar.

“Seiring dengan usaha memperkasa pengalaman digital pengguna, kami membolehkan mereka memilih cara mereka sendiri dalam menyesuaikan dan memperibadikan pelan yang dipilih agar selari dengan gaya hidup digital mereka, tanpa kerumitan dan terus menikmati kehebatan digital!” katanya.

Apa komen anda?