Celcom Home Wireless internet laju, video Walla hingga 1TB

Share Button

Celcom memperkenalkan jalur lebar untuk rumah melalui Celcom Home Wireless.

Ia boleh dilanggan serta merta dengan tiga pelan berbeza.

Tiga pelan tersebut termasuklah Home Wireless Gold, Home Wireless Gold Plus dan Home Wireless Gold Platinum.

Sama ada anda pelanggan baru atau sedia ada, boleh melanggan terus pelan-pelan ini dengan modem percuma yang mudah pasang iaitu hanya masukkan ke soket dan on saja.

Pelan Home Wireless Gold berharga RM74.20 sebulan dan anda akan memperoleh kuota data 25GB dan 40GB video Walla.

Manakala Home Wireless Gold Plus membolehkan anda mendapat kuota data 50GB dan video Walla 100GB dengan harga RM106 sebulan.

Pelan paling tinggi, Home Wireless Gold Platinum pula menyediakan kuota data 150GB dan video Walla sehingga 1TB berharga RM159 sebulan.

Semua pelan sudah dikenakan GST dan perlu dilanggan minimum 24 bulan.

Celcom memaklumkan, kelajuan internet purata 30Mbps.

Comments

Apa komen anda?