Baru berjinak dalam fotografi? Cuba kamera Canon EOS 3000D ini

Share Button

Bagi pengguna yang baru saja mahu berjinak dengan dunia fotografi seperti pelajar dan pengembara, anda boleh cuba kamera baru yang dikeluarkan Canon pada harga bajet iaitu EOS 3000D

Dijual pada harga , ia lengkap dengan prosesor imej DIGIC 4+ yang memproses gambar dengan baik namun perlu diingat disebabkan ia kamera peringkat pemula, jangan mengharapkan gambar terlalu ajaib.

Bagi kamera DSLR seperti Canon EOS 3000D ini, ia mempunyai mod belajar pada Features Guide di mana ia membantu pengguna meningkatkan teknik melalui pelbagai cadangan dan tip ketika menggunakan kamera jadi amat sesuai bagi mereka yang baru belajar.

Manakala mod Scenes pula memilih sendiri suasana bersesuaian sebelum merakam merangkumi mod potret, landskap, malam dan makanan jadi pengguna tidak perlu risau sekiranya bukan prosfesional mengendalikan DSLR.

Manakala mod Scene Intelligent Auto pula menganalisis keadaan dan memperelokkan imej secara automatik selepas rakaman dibuat.

Jika anda mahu melakukan sedikit eksperimen pula, cuba Creative Filters seperti fish eye, soft focus dan toy camera bagi menghasilkan ciri artistik dalam gambar.

Jangan risau jika mahu muat naiknya ke media sosial kerana Canon EOS 3000D boleh memindahkan gambar secara langsung dengan sambungan wifi.

Atau, anda boleh kawal secara langsung di telefon pintar menerusi Live Remote Shooting menggunakan aplikasi Canon Camera Connect dengan keupayaan mengubah tetapan, zum dan fokus.

Canon EOS 3000D dijual pada harga RM1,799 dengan lensa EFS 18-55 DC III lengkap bersama ISO 100-6400 (boleh ubah ke 12800) dan kemampuan merakam video Full HD, 30p/25p/24p.

Apa komen anda?