Awas pengguna iPhone yang pasang komponen tiruan! baca ni

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Isu alat ganti tiruan bagi iPhone telah banyak diperkatakan. Ramai di kalangan pengguna iPhone mempertikaikan hujah saya bahawa tiada masalah menggunakan komponen tiruan.

Hakikatnya telah tercatat secara fakta bahawa banyak masalah dihadapi oleh iPhone adalah disebabkan oleh penggunaan alat ganti tiruan.

Masalah butang Home, Skrin dan Touch ID sering menjadi masalah dikalangan pengguna yang menukar alat ganti tiruan.

Terkini, terdapat laporan yang memaklumkan bahawa iOS 11.3 akan menyebabkan masalah pada skrin sentuh bagi iPhone 8.

Walaupun ia bukan kenyataan rasmi Apple,namun terdapat banyak laporan dari syarikat pembaikan iPhone memaklumkan perkara ini.

Isu ini bukanlah baru kerana memang terbukti bahawa alat ganti tiruan akan memberi masalah pada iPhone.

Saya akui kos bagi menggantikan alat ganti iPhone yang asli sangat tinggi. Namun, jika anda sanggup membeli iPhone dengan harga ribuan ringgit, kenapa anda tidak sanggup mengeluarkan wang untuk menukar alat ganti asli.

Bagi pembaca yang sering membaca penulisan saya, sudah tentu anda tahu bahawa saya amat menitikberatkan berkenaan alat ganti dan aksesori yang asli.

Oleh itu, bagi pengguna iPhone 8 yang pernah menukar skrin tiruan. Anda dinasihatkan untuk tidak mengemaskini iOS 11.3.

Secara jujur saya katakan, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pengguna iPhone adalah disebabkan penggunaan alat ganti tiruan.

Sama ada sedar atau tidak mereka tetap menyalahkan Apple. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka hanya menggunakan iPhone set REFURBISH.

Apa komen anda?