Asus janji Zenfone Max Pro M1 sampai

Share Button

Asus mengesahkan untuk mula menjual fon ‘pure’ Android, Zenfone Max Pro M1 ke pasaran Malaysia pertengahan Mei ini.

Asus Zenfone Max Pro M1 mencuri tumpuan dengan paparan 18:9 full-HD+ dan bateri besar 5000mAh, seperti biasa mampu bertindak sebagai cas powerbank.

Ia menggunakan Snapdragon 636 dengan varian RAM 3GB dan storan 32GB atau 4GB+64GB.

Berwarna hitam atau perak, Asus Zenfone Max Pro M1 yang mempunyai versi Android 8.1 Oreo dan bakal menerima out-kemaskini Android P dan Android Q.

Zenfone Max Pro M1 mempunyai dwi kamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel.

Manakala kamera depan pula 8 megapiksel.

Dengan bateri besar, Zenfone Max Pro M1 datang bersama pengecas 10W.

Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan memasuki Malaysia selepas Mei 2018.

Di India, Zenfone Max Pro M1 dijual pada harga Rp10,999 (3GB+32GB) atau kira-kira RM680 dan Rp12,999 (4GB+64GB) iaitu kira-kira RM750.

Apa komen anda?