ASUS cantas lagi harga fon dwi kamera

Share Button

ASUS mencantas satu lagi model telefon, Zenfone 4 Max Pro namun bukan pada fon tapi harganya.

ASUS Zenfone 4 Max Pro kini berharga RM699 iaitu RM200 lebih murah berbanding harga asal ketika ia mula-mula dikeluarkan.

Pada RAM 3GB dan ROM 32GB, Zenfone 4 Max Pro datang sebagai sebuah telefon yang mampu memberikan tempoh penggunaan yang panjang kepada pengguna kerana memiliki bateri 5,000mAh.

Dua kamera belakang pada Zenfone 4 Max Pro membolehkan penggunanya mengambil gambar yang menarik dalam apa jua keadaan. Kamera utama 16MP pada telefon ini mempunyai jarak fokal 25mm dengan apertur F2.0.

Kamer kedua pula memberikan sudut pandang yang lebih luas kerana memiliki jarak fokal 18mm.

Apertur F2.2 dianggap baik dan mengalirkan foton cahaya dengan baik ke sensor 5MP telefon ini. Untuk berswafoto pula, Asus memberikan sensor 16MP pada kamera depan agar imej portrait anda lebih tajam daripada biasa.

Apa komen anda?