Apple tolak Intel, mahu bangunkan cip prosesor sendiri

Share Button

Apple dikhabarkan bakal membangunkan cip sendiri bagi produk komputer Mac menjelang 2020.

Dalam laporan yang dikeluarkan agensi berita Bloomberg, perubahan cip terbabit akan dimulakan dengan MacBook bersaiz 12 inci.

Syarikat Cupertino terbabit menjadikan Intel sebagai pengeluar cip utama bagi komputer MacBook sehingga kini.

Ia antara perubahan terbesar bagi Apple yang sebelum ini pernah meninggalkan cip IBM PowerPC untuk menggunakan cip Intel pada 2005.

Keputusan membangunkan cip sendiri itu berikutan pembaharuan dan evolusi pemprosesan berdasarkan ARM yang dibangunkan untuk peranti iOS semakin sempurna.

Dilaporkan, Apple Watch, Apple TV, iPhone dan iPad terbaru mempunyai kuasa lebih baik berbanding Mac lama.

Apa komen anda?