Akhirnya Huawei P20 Pro warna Twilight masuk Malaysia

Share Button

Berita baik kepada peminat Huawei P20 Pro yang mahu mendapatkan warna Twilight.

Warna Twilight menjadi warna utama yang membuka mata peminat model P.

P20 Pro akan dibawa masuk pada 27 April ini.

Ia akan dijual pada harga sama bagi P20 Pro iaitu RM3,299.

Pengguna boleh menempahnya dengan memperoleh fon telinga tanpa wayar dan kad VIP untuk memperoleh manfaat seperti Celebrity Fitness, AirAsia, Tealive dan banyak lagi.

P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Ia mempunyai nisbah skrin 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

P20 Pro pun begitu dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

Secara keseluruhannya, P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Apa komen anda?