Unifi payung cikgu

Share Button

Hampir setengah juta guru di negara ini boleh senyum lebar apabila TM dan Kementerian Pendidikan bersetuju menawarkan pelan komunikasi mudah alih baru khas untuk mereka.

Hasil kerjasama tersebut, TM menawarkan pelan Unifi Mobile khas di mana guru hanya perlu membayar RM59 sebulan untuk data, SMS dan panggilan tanpa had.

Pelan tersebut berkuatkuasa serta merta dan guru boleh mengunjungi TM Point terdekat untuk mendaftar.

Unifi Mobile pada harga RM79 untuk 10GB data mula diperkenalkan awal tahun ini.

Unifi Mobile adalah khidmat baru selepas Webe yang disediakan TM.

Apa komen anda?