Tak masuk akal betul Honor 9 Lite ini

Share Button

Oleh Afendi Hariz

Empat kamera dalam satu fon, dua di depan dan dua juga di belakang beresolusi 13MP+2MP pada keduanya dengan harga yang tidak masuk akal.

Lagi tak logik, apabila Shopee mempertaruhkan potongan harga pada satu hari saja iaitu 9 Mac ini.

Itulah yang ada pada Honor 9 Lite. Jika anda merasakan dwi kamera sudah cukup hebat dalam arena telefon pintar, tunggu sehingga anda menyaksikan sendiri kemunculan Honor 9 Lite.

Mula dilancarkan hari ini, Honor 9 Lite tampil dengan empat lensa kamera dengan gaya yang lebih menawan.

Kekuatan utama Honor 9 Lite pastinya pada rekaan ala cermin dan berkilau jika dipandang dari setiap sudut.

Paparan FullHD skrin LCD tanpa bezel bersaiz 5.65 inci yang dipadankan dengan rekaan berkilau membolehkan peranti ini kelihatan sungguh eksklusif dan nampak mahal biarpun berada dalam kelas pertengahan.

Bagi keupayaan kamera pula, Honor 9 Lite dilengkapi dua lensa 13MP dan 2MP di hadapan dan belakang bagi menjanjikan hasil imej yang jelas.

Anda tidak perlu bimbang dengan penggambaran malam atau kurang cahaya kerana kamera ini menggunakan teknik ‘multi-frame intergration’ bagi mengurangkan ‘noise’ imej.

Hasilnya, imej kelihatan lebih kelas dan terang.

Selain itu juga,  kamera peranti ini turut dilengkapi mod kecantikan dan penghasilan imej dengan kesan bokeh atau ‘Depth of Field’.

Peranti ini dikuasakan cip pemprosesan yang sama digunakan pada Huawei Nova 2i dan Honor 7X iaitu Kirin 659.

Penggunaan cip ini kemudian dipadankan dengan 3GB RAM dan 32GB storan yang boleh ditingkatkan hingga 256GB.

Bateri sebesar 3,000 mAh pada peranti ini pula menjanjikan tempoh penggunaan selama sehari walaupun dengan tugas yang berat.

Peranti ini dijual secara eksklusif di Shopee.

Didatangkan dengan dua variasi warna iaitu Sapphire Blue dan Glacier Gray, Honor 9 Lite dijual dengan harga promosi RM 699 pada 9 Mac ini menerusi Shopee ‘Shocking Sale’.

Selain itu, 150 pembeli pertama turut menerima produk kecantikan Maybelline bernilai RM50 secara percuma.

Selepas tarikh 9 Mac, harga jualan runcit pula adalah RM749.

Comments

Apa komen anda?