Semua salah iPhone X

Share Button

Sejak pengeluaran iPhone X, telefon iPhone paling mahal di dunia setakat ini menyebabkannya menjadi trend ikutan syarikat pengeluar fon yang lain.

Bermula pengenalan iPhone X hingga sekarang, purata harga jualan telefon pintar meningkat sekurang-kurangnya 10% pada suku keempat tahun 2017.

Bermula pada harga RM5,249, ia tiga kali ganda lebih mahal berbanding purata harga telefon pintar di dunia pada 2017 – menurut agensi penyelidik GfK.

Arndt Polifke, Pengarah Global PoS Telecom Research di GfK memaklumkan langkah tersebut berikutan pasaran yang semakin sempit dan peningkatan jualan berdasarkan unit semakin sukar dicapai.

“Jadi pengeluar fokus pada ciri premium untuk meningkatkan nilai operasi telefon mereka”.

Pasaran telefon pintar hanya meningkat 1% (jualan unit) tahun lepas tapi meningkat 11% dari segi nilai jualan.

Apa komen anda?