Neffos N1 padu dilancar, jangan terkejut harganya

Neffos N1 dilancarkan dengan fungsi hebat termasuk dua kamera 12 megapiksel yang fokus pada mod potret.

Kamera Neffos N1 dikuasakan Sony IMX 386.

Telefon flagship Neffos tersebut juga membolehkan anda mendapatkan Internet laju dengan dwi isyarat antena yang menambah kelajuan isyarat masuk dalam fon.

Bermakna, bermain game kasual seperti Mobile Legend atau AOV kini boleh dilakukan tanpa masalah berdasarkan teknologi TP Link tersebut.

Selain dwi isyarat untuk Internet mobil. Ia juga mempunyai dwi jalur wifi yang mempunyai tujuan sama, memantaskan Internet.

Neffos N1 kekal dengan pembuka kunci berdasarkan pengimbas cap jari 0.2 saat.

Fon ini mempunyai prosesor MediaTek Helio P25 2.6GHz selain RAM 4GB.

Manakala storan pula 64GB berdasarkan skrin 5 inci 1080p.

Neffos N1 berharga RM1,099.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: