Lagi spesifikasi Huawei Nova 2L bocor

Share Button

Dua hari lagi, Huawei Nova 2L pasti dilancarkan selepas dutanya, Hannah Delisha sendiri mengesahkan dalam video promosi.

Selepas kejayaan Nova 2i, model lebih rendah spesifikasinya ini pasti menjadi pisang goreng panas apatah lagi ia sah ditawarkan pada harga kurang RM1,000.

TheSkop yang memperoleh spesifikasinya mendapati, meskipun tanpa empat lensa kamera seperti Nova 2i, Huawei Nova 2L masih memukau sebagai telefon kelas pertengahan dengan paparan FullView pada skrin 5.99 inci.

Terdapat kamera 13MP+2MP di belakang dengan 8MP pada bahagian depan serta fungsi pengimbas cap jari dan pengesan wajah untuk ‘face unlock’ tersedia.

Warna pilihan yang ada termasuk biru, hitam dan emas manakala RAM pula datang dengan 3GB dibantu storan 32GB namun terdapat tiga slot kad di mana ketiga-tiganya mampu digunakan serentak.

Dua untuk kad SIM dan satu lagi bagi kad memori microSD pada antaramuka EMUI 8.0 ini.

Dikhabarkan, terdapat satu mod khas untuk individu yang gemar berkaraoke!

Apa komen anda?