Kedai serbaneka ini tak perlukan anda bawa dompet

Sebuah cawangan kedai serbaneka mengamalkan konsep urusniaga tanpa tunai yang sudah mula dibuka pada hari ini.

Funmaii kedua dibuka di Puchong selepas kedai pertama dibuka pada Januari lepas.

Kedai Funmaii yang direka seperti kedai serbaneka yang biasa menawarkan barangan keperluan

harian yang memerlukan pelanggan menggunakan sepenuhnya kemudahan pembayaran elektronik berdasarkan e-dompet aplikasi Funmaii atau menggunakan kad kredit Mastercard dan Visa.

Selain menjual produk makanan Malaysia yang popular, kedai serbaneka Funmaii turut menawarkan pilihan makanan ringan dan minuman yang diimport dari Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand.

“Pembangunan bandar yang pesat disebabkan kemajuan negara dan perubahan gaya hidup

meningkatkan permintaan digital di kalangan warga Malaysia.” Kata Brian Wee yang juga pengasas Funmaii.

Pengalaman membeli belah di Funmaii tertumpu kepada aplikasi yang turut membolehkan pelanggan menjejak perbelanjaan mereka dan menuntut ganjaran dalam bentuk baucar diskaun, kredit tambahan dan rebat.

Setiap pembayaran perlu mendapat pengesahan kata laluan 6 digit sebagai langkah keselamatan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: