“Kalau tak kerana TMJ…” – iflix

Penaja bola sepak Malaysia, iflix mahu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kekal sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam kenyataannya, iflix berkata TMJ adalah punca syarikatnya melabur dalam bola sepak Malaysia.

“Semenjak dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, populariti dan keyakinan terhadap bola sepak tanah air telah melonjak bagi semua pihak; baik pemain, jurulatih, pegawai, penaja, dan yang paling utama, peminat sekalian. Kami di iflix juga merasakan begitu.

“Kami menyokong kepimpinan TMJ, dan ia juga menjadi salah satu sebab kami untuk melabur bersama FMLLP demi memartabatkan bola sepak Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut menyebut, oleh sebab demikian, iflix berharap agar Tuanku akan terus menerajui Persatuan Bola Sepak sebagai Presiden.

iflix melabur kira-kira RM300 juta untuk 10 tahun pembangunan bola sepak di Malaysia merangkumi Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia