Honor 9 Lite laris macam cendol

Share Button

Honor 9 Lite yang dijual murah di Shopee, laman edagang habis dijual dalam tempoh tak sampai lima minit.

Shopee yang mengesahkannya memaklumkan Honor 9 Lite menjadi produk pisang goreng panas dijual pada harga hanya RM699 berbanding harga asal RM749.

Tawaran tersebut hanya sah sehari saja manakala harga asal akan digunapakai mulai esok.

Honor 9 Lite mempunyai empat kamera dalam satu fon, dua di depan dan dua juga di belakang beresolusi 13MP+2MP pada keduanya dengan harga yang tidak masuk akal.

Paparan FullHD skrin LCD tanpa bezel bersaiz 5.65 inci yang dipadankan dengan rekaan berkilau membolehkan peranti ini kelihatan sungguh eksklusif dan nampak mahal biarpun berada dalam kelas pertengahan.

Bagi keupayaan kamera pula, Honor 9 Lite dilengkapi dua lensa 13MP dan 2MP di hadapan dan belakang bagi menjanjikan hasil imej yang jelas.

Apa komen anda?