Harga Huawei P20, P20 Pro digambarkan

Share Button

Huawei sudah pasti memperkenalkan dua model telefon baru, P20 dan P20 Pro pada satu majlis khas 27 Mac nanti.

Ura-ura P20 dan P20 Pro bakal berharga bermula RM3,259 untuk P20 dan RM4,315 bagi P20 Pro.

Huawei juga bakal memasang dua fon ini dengan prosesor Kirin 970 AI yang sebelum ini sudahpun dimuatkan dalam Mate 10 dan Mate 10 Pro.

Huawei P20 dan P20 Pro juga bakal mempunyai kamera swafoto 24 megapiksel yang dipasang pada lensa dihasilkan Leica.

Sensor imej juga akan disediakan terus selain bateri berkapasiti besar 4000mAh bagi P20 Plus dan 3320mAh bagi P20.

Dengan ayat ‘See Mooore with AI’ ketika iklan tentang pengenalan model itu sebelum ini, Huawei sengaja menambah satu lagi huruf O pada perkataan ‘more’ yang dikhabarkan bakal memperkenalkan tiga lensa pada kamera belakang siri P20.

Masih kekal dengan Leica sebagai pengeluar lensa, Huawei P20 dan P20 Plus juga bakal mempunyai kamera swafoto 24 megapiksel.

P20 bakal menjadi model hangat selepas siri Mate 10.

Apa komen anda?