Harga Huawei P20 lebih rendah berbanding Samsung Galaxy S9, iPhone X

Share Button

Pada 27 Mac ini, Huawei P20 dan P20 Pro akan dilancarkan di Paris (TheSkop akan menghadirinya) menyaksikan persaingan telefon pintar semakin rancak tahun ini.

Lebih menarik, bayangan harga telefon tersebut sudah diperoleh Sam di mana P20 akan dijual kurang RM3,000 namun tinggi sedikit berbanding harga P10 dulu (RM2,499). Antara RM2,499 dan RM3,000 berdasarkan spesifikasi baru lebih gempak, ia agak pasti ditawarkan pada harga RM2,699.

Manakala P20 pula akan dijual RM3,299 iaitu lebih RM200 berbanding model P10 Plus sebelum ini.

Pastinya, Huawei akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan harga di mana ia mahu kekal pada harga di bawah paras harga yang ditawarkan pada telefon flagship Samsung.

Ura-ura sudah keluar dengan kamera ketiga pada P20 Pro yang hebat memasang fungsi telefoto pada lensa ketiga tersebut.

Huawei dan Leica. Kerjasama antara China dan Jerman ini berjaya buat pertama kali pada model telefon P9 yang menghasilkan kamera hebat seterusnya mempopularkan bokeh yang biasa kita lihat dalam fotografi.

Selepas itu, model Huawei P10 meneruskan kesempurnaan yang membolehkan kamera hasil kerjasama Leica terus memacu model flagship yang ada.

Jadi, tekanan agak tinggi bagi siri P ketiga menggunakan lensa Leica dan seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Huawei agak pasti datang dengan tiga lensa berbanding dua berdasarkan iklan dan jemputan media yang memperlihatkan tiga bentuk bulat.

Ia bukan lagi rahsia namun yang menimbulkan persoalan berikutnya, apakah fungsi lensa ketiga tersebut?

Lensa sudut lebar dan telefoto sudah berada pada model-model sebelum ini bagi flagship Huawei seperti P10 dan Mate 10 yang berasaskan apertur serendah f1.6 bagi fotografi mobil yang cantik dan mengagumkan.

Manakala bagi Mate 10 pula, ciri artificial intelligence (AI) dipasang kemas bagi mencantikkan dan membaca tabiat fotografi pengguna.

Pemasangan lensa ketiga bagi Huawei yang dikatakan ‘berseorangan’ di bawah dwi lensa utama menjadi kuasa baru bagi satu lagi fungsi yang belum diekplorasi sepenuhnya bagi sebuah telefon pintar iaitu zum.

Setakat ini, kita menyaksikan pelbagai berdasarkan zum hibrid namun kualiti imej yang terhasil masih belum memuaskan.

Bayangkan anda sedang duduk jauh di tingkat dua atau tiga stadium atau berada di bahagian akhir dalam dewan ketika konsert, zum saja akan menyaksikan visual terutama video menjadi pecah.

Terus dengan lensa Summilux H, zum kali ini mungkin melebihi lima kali dengan paparan imej tidak pecah bersesuaian dengan penggunaan aktif.

Apa komen anda?