Gambar eksklusif Huawei Nova 2L, bakal lancar minggu depan

Share Button

Huawei bakal memperkenalkan model Nova 2L (nama penuh Nova 2 Lite), satu lagi ahli keluarga Nova yang pertama tahun ini.

TheSkop.com berjaya memperoleh gambar-gambar Nova 2L yang sudah bersedia dijual selepas 15 Mac ini. Paling pasti, rekaannya sangat kemas dan cantik.

Ia mempunyai skrin 5.99 inci jenis HD+ (1440 x 720) FullView 18:9 yang mengagumkan sama seperti Huawei Nova 2i.

Bercakap tentang Nova 2i, legasi yang baru bermula di Malaysia ini tampak meyakinkan dengan telefon kelas pertengahan pada harga yang sangat murah.

Jika Nova 2i dijual pada RM1,099, Nova 2L pula dijangka 30 peratus lebih murah namun pada spesifikasi ringkas tapi padat termasuk prosesor octa core Qualcomm Snapdragon 430.


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Nova 2L datang dengan RAM 3GB selain storan 32GB.

Kamera utama ada dwi lensa beresolusi 13MP+2MP sementara kamera depan pula 8MP lengkap ciri pengimbas wajah yang pantas. Manakala sedikit atas di bahagian belakang merangkumi pengimbas cap jari berbentuk bulat.

 

 

Apa komen anda?