Fon murah bawah RM330 lengkap 18:9

Share Button

Sukar memperoleh telefon dengan spesifikasi ok pada harga murah. Lain pula dengan model tommy3 yang diperkenalkan syarikat Perancis, Wiko.

Wiko dijual dengan spesifikasi skrin berformat 18:9 pada skrin 5.45 inci IPS dengan kamera belakang 8 megapiksel yang dikatakan sesuai untuk individu yang gemar menangkap gambar untuk Instagram.

Wiko tommy3 disasarkan kepada remaja berikutan harganya semurah RM329 mampu milik.

Ia didatangkan dengan prosesor quad core 1.3GHz Cortex A-53 bersama RAM 1GB dan storan pula berkapasiti 16GB namun terdapat slot kad microSD.

Bersama bateri 2500mAh, Wiko tommy3 mempunyai sistem operasi Android Nougat 7.1 dan lengkap rangkaian 4G.

Apa komen anda?