Xiaomi Redmi Note 5 Pro atau Xiaomi Mi A1, mana satu?

Share Button

Xiaomi Redmi Note 5 Pro baru saja dilancarkan dengan varian RAM 4GB yang hampir sama dengan Xiaomi Mi A1.

Redmi Note 5 Pro versi 4GB+64GB akan dijual pada harga RM845 bulan depan.

Dengan persaingan sengit sesama sendiri ini, pasti ada akan keliru telefon mana patut dipilih, jom kita kaji sedikit.

Redmi Note 5 Pro sudah pasti datang dengan perkakasan baru tetapi kamera pada Mi A1 dan stok Androidnya lebih padu berbanding Redmi Note 5 Pro ini.

Tapi bahagian depan Redmi Note 5 Pro lebih menyerlah dengan paparan 5.9 inci dan 18:9, ya, sudah pasti semua pengeluar mahukan fullview sekarang.

Jika anda minat rekaan iPhone X, model Redmi Note 5 Pro ini seakan sama rekaannya.

Bucu pada Note 5 Pro dan Mi A1 sama dan ia tebal tapi Redmi Note 5 Pro mempunyai 0.8mm lebih tebal.

Saiz skrin panjang pada Redmi Note 5 Pro sedikit menganggu kalau anda gemar gunakan telefon sebelah tangan jadi Mi A1 ternyata lebih selesa.

Jika membezakan varian RAM 4GB antara Redmi Note 5 Pro dan Mi A1, ia nampak tak jauh beza tapi prosesor yang memisahkan keduanya.

Mi A1 beroperasi pada Snapdragon 625 dan Redmi Note 5 Pro pada Snapdragon 636. Secara teknikalnya ia sebenarnya hampir sama saja jika penggunaan fon secara asas seperti WhatsApp dan Facebook dilakukan.

Tapi secara prosesornya, tidak disangkal Snapdragon 636 jauh lebih sempurna dan stabil.

Kalau dilihat pada perisian pula, Mi A1 lebih is lancar dan mudah guna berbanding MIUI 9. Meskipun Redmi Note 5 Pro baru, ia masih mengenalkan versi Android lama.

Dari sudut paparan, Redmi Note 5 Pro sangat jelas menangnya meskipun keduanya Full HD. Mi A1 bersaiz 5.5 inci tapi Redmi Note 5 Pro 5.9 inci.

Bateri pula menyaksikan Mi A1 dipek dengan kapasiti 3080mAh manakala Redmi Note 5 Pro mempunyai 4000mAh.

Mi A1

Untuk kamera, keduanya mempunyai kamera dwi lensa.

Mi A1 datang dengan telefoto + sudut lebar manakala Redmi Note 5 Pro mempunyai monokrom pada lensa kedua.
Antara keduanya, ia sama hebat tapi Mi A1 lebih baik untuk bokeh.

Secara keseluruhannya Redmi Note 5 Pro lebih berbaloi untuk dibeli jika anda tak kisah tentang perisian dan rekaan telefon.

Apa komen anda?