Samsung Galaxy S9, S9+ berubah

Share Button

Samsung kembali ke pameran Mobile World Congress selepas setahun meninggalkan acara tersebut dan bergerak solo dengan pelancarannya S8 dan S8+ di New York, Amerika Syarikat.

Bertempat di Barcelona, Sepanyol, Samsung bakal melancarkan Galaxy S9 dan S9+ di samping satu kamera aksi baru namun pelancarannya dianjurkan tiga hari lebih awal berbanding tarikh MWC bermula iaitu 28 Februari.

Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan pada 25 Februari (kira-kira 2 pagi pada 26 Februari waktu Malaysia) dengan beberapa perubahan ketara terutama kamera.

Kemaskini kamera baru dua model tersebut menyaksikan sistem apertur baru di mana S9 dan S9+ akan mempunyai bilah apertur lebih nipis yang boleh dibuka dan rapat dengan sistem tahap cahaya.

Ia bermakna, ia mampu menukar antara f2.4 kepada f1.5 sekiranya diperlukan manakala S9+ pula akan mempunyai dua lensa.

Kamera baru akan menyaksikan pembaca jari ditempatkan sedikit bawah di belakang peranti berbeza dengan model S8 sebelum ini.

Selain itu, lebih mengiurkan apabila S9 dan S9+ akan mempunyai sistem audio baru, terima kasih kepada AKG di mana ia mampu memberikan speaker stereo untuk bunyi keliling dan menhasilkan audio dua kali ganda berbanding model sebelum ini.

Samsung Galaxy S9 dan S9+ juga akan menyaksikan perubahan RAM namun kekal dengan saiz badan bagi kedua-duanya.

Ia akan mempunyai emoji 3D untuk mesej menggunakan kamera depan dengan sistem pengesan wajah untuk unlock telefon.
Dikhabarkan juga, Samsung mengekalkan jek 3.5mm untuk S9 dan S9+.

Model S8 pun dah OK

Apa komen anda?