Pelanggan Celcom dapat 5 buah tangan

Share Button

Pengguna yang melanggan FIRST Platinum pada RM148 (60GB) atau FIRST Platinum Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan boleh senyum lebar dengan 5 buah tangan yang disediakan Celcom.

Antara yang mencuri tumpuan perayauan data percuma dan panggilan dan SMS tanpa had ke sembilan negara ASEAN (FIRST Platinum Plus)

Selain itu, data perayauan percuma ditawarkan ke sembilan negara ASEAN (FIRST Platinum).

Tidak dilupakan, AnydayGB percuma.

Celcom juga memberikan akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara percuma

Bagi buah tangan kelima, Celcom menawarkan keistimewaan gaya hidup sekali saja dengan satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam negara ASEAN atau keistimewaan bulanan – Gabungan antara dua keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.
 

Celcom juga menawarkan keistimewaan gaya hidup untuk para pengguna yang melanggan selama 12 bulan dengan FIRST Gold pada RM80 (20GB), FIRST Gold Plus pada RM98 (40GB) atau FIRST Gold Supreme pada RM128 (50GB), di mana mereka akan menikmati keistimewaan berikut secara automatik bagi AnydayGB serta akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara percuma.

Ppelanggan boleh mendapatkan tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam Malaysia atau keistimewaan bulanan – Salah satu keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.

Pelanggan Celcom FIRST boleh mengakses akaun melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid dan memilih “Lifestyle Privileges” daripada pilihan “My Services” untuk menyemak keistimewaan yang boleh ditebus. Arahan dan kod penebusan akan diberi kepada pelanggan berdasarkan keistimewaan yang dipilih.
 
Pelanggan baru dan sedia ada Celcom boleh menikmati keistimewaan ini dengan hanya berkunjung ke mana-mana cawangan Blue Cube atau Celcom Certified Partners berdekatan dan melanggan pelan Celcom FIRST selama 12 bulan tanpa caj tambahan.

Comments

Apa komen anda?