P20, P20 Plus ada kejutan

Share Button

Huawei P20 dan P20 Plus, itulah dua model yang bakal disaksikan pengguna pada 27 Mac nanti.

Hasil kejayaan siri P10 lepas, Huawei memperhebatkan spesifikasi pada Huawei P20 dan P20 Plus yang dikuasakan set cip, Kirin 970 yang sama dilihat pada siri Mate 10.

Ia bermaksud, segala ciri berkaitan AI dipasang termasuk pernterjemah berasaskan foto dan mod skrin Eye Comfort apabila pengguna melihat skrin telefon untuk tempoh lama pada persekitaran suram.

Namun lebih menarik, tiga lensa 40 megapiksel (ketiga-tiganya) DI BELAKANG telefon dengan zum hibrid sebanyak lima kali.

Masih kekal dengan Leica sebagai pengeluar lensa, Huawei P20 dan P20 Plus juga bakal mampunyai kamera swafoto 24 megapiksel.

Pengesan imej juga akan disediakan terus selain bateri berkapasiti besar 4000mAh bagi P20 Plus dan 3320mAh bagi P20.

Selain itu, ia akan mempunyai RAM besar 8GB dengan kadar storan minimum 64GB.

Huawei P20 dan P20 Plus akan tersedia dengan Android Oreo bersama EMUI dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

Saiz skrin yang dikhabarkan sudah pasti 5.7 inci (P20) dan 6 inci (P20 Plus) dengan skrin FullView.

Apa komen anda?