[MWC2018] Nokia Pishang

Share Button

PISHANG menunggu. Gambaran kepada penantian model lama diberi nafas baru, Nokia 8110.

Ia kini datang dengan 4G tapi sebagai kategori ‘feature phone’, janganlah terlalu mengharapkan bulan bintang jatuh tiba.

Namun begitu, fon jenis lungsur keluar atau slider ini boleh dipasang WhatsApp menurut eksekutif Nokia (lebih lanjut dengan ulasan kami nanti).

Ia lengkap dengan Facebook, Twitter dan Google (Assistant, Maps dan Search).

Balik kata pepatah ‘baling anjing pun tak mati’, Nokia 8110 ada VoLTE untuk panggilan tenang dan jelas.

Ia juga mempunyai akses kepada kalendar yang disambung melalui Outlook atau Gmail.

Nokia 8110 mempunyai prosesor Qualcomm 205 Mobile Platform dan juga lengkap game Snake.

Dua warna diperkenalkan iaitu hitam dan kuning.

Sedia di pasaran Mei nanti, Nokia 8110 berharga kira-kira RM379.

Selain Nokia 8110, HMD yang menbawa jenama ini turut melancarkan Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus, Nokia 6 dan Nokia 1.

Apa komen anda?