Nak pilih Webe atau unifi mobile?

Share Button

Ramai yang masih keliru dengan kenyataan, “mana satu patut aku pilih, unifi mobile atau webe?”

Perlu diperincikan terlebih dulu, Webe yang muncul dengan pelan mudah alih tanpa had sebenarnya sama syarikat dengan pengeluar unifi mobile iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM).

TM mengambil alih Webe daripada P1 yang sudahpun bungkus dek apabila gagal dengan penyediaan Wimax kepada pengguna walaupun cuba menukar rangkaian kepada LTE.

Syarikat TM yang mahu bertapak dalam industri operator mudah alih mempunyai pilihan sama ada membangunkan sendiri rangkaian atau membeli platform atau prasarana sedia ada dan P1 menjadi pilihan paling tepat memandangkan masalah dihadapi.

P1 bertukar kepada Webe dan bermulalah episod kesediaan TM dalam menjadi penyedia kepada industri mudah alih.

Habis tentang sejarah. Webe tidak mempunyai pelan prabayar dan hanya tertumpu kepada pelan pascabayar tanpa had berharga RM79.

Bagaimana pula dengan [email protected] atau unifi mobile ini? Ia sememangnya bakal menggantikan Webe yang akan ditutup sebagai salah satu langkah ‘convergence‘ lengkap yang disediakan TM.

Semua pelan, servis, sokongan dan lain-lain tidak akan berubah. Bermakna, tiada kesan langsung kepada pelanggan melainkan nama rangkaian di telefon yang berubah.

Jadi adakah saya patut melanggan Webe yang mempunyai data tanpa had atau unifi mobile yang sedang mempromosikan data 20GB?

Jika mengikut perkiraan Sam, langgan terus unifi mobile memandangkan pelan Webe juga akan berubah sama dengan unifi mobile tidak lama lagi.

Sementara itu, pelanggan Webe sedia ada juga sudahpun menyaksikan penukaran nama rangkaian kepada unifi dan pelan juga akan sama berubah mengikut pelan unifi mobile nanti.

Lebih baik anda langgan unifi mobile sementara 20GB tersebut ditawarkan.

Comments

Apa komen anda?