[MWC2018] Sony Xperia XZ2, apa yang cuba dibuktikan?

Share Button

Sony melancarkan fon terbaru, Sony Xperia XZ2 yang mampu merakam video 4K.

Ia dilengkapi kamera 19MP di belakang dan 5MP untuk kamera depan.

Tiada revolusi bombastik pada Sony Xperia XZ2 dan ia lengkap skrin 5.7 inci bersama skrin FullView 18:9 yang sudah biasa pada kebanyakan fon.

Telefon ini berkuasakan Qualcomm Snapdragon 845 dibantu RAM 4GB serta storan 64GB.

Sony juga memampatkannya dengan bateri 3180mAh.

Selain itu, Sony juga memperkenalkan saiz 5 inci pada Xperia XZ2 compact yang datang dengan bateri kecil 2870mAh dan bahan buatan polikarbonat.

Sony Xperia XZ2 dan versi kompak akan sampai ke Malaysia hujung Mac ini.

[

Apa komen anda?