[MWC2018] Huawei Matebook X Pro, Kebaboom dengan laptop pertama FullView

Share Button

MateBook X Pro: Cubaan berani Huawei menumpaskan Apple MacBook Pro dan jangan main-main kerana ia mampu menjadi kenyataan.

Huawei MateBook X Pro mempunyai saiz skrin 14 inci pada body 12 inci dengan format 3K LTPS yang juga notebook pertama dengan FullView.

Berdasarkan nisbah skrin 91%, MateBook X Pro datang dengan Intel Quad Core i7 gen-8 dan RAM hingga 16GB.

Spesifikasi gila hebat itu diteruskan dengan prosesor grafik Nvidia MX150 bermemori 2GB.

Huawei MateBook X Pro mempunyai Thunderbolt 3, dua USB-C, satu USB-A dan soket fon kepala.

MateBook X Pro hanya seberat 1.33kg.l dengan butang kuasa juga dijadikan pengimbas cap jari.

Laptop ini mempunyai empat pembesar suara.

 

Butang papan kekuncinya kalau percikan air dan mampu memainkan video selama 12 jam.

MateBook X Pro memiliki pengecas pantas 65W yang mengecas sama laju seperti telefon Huawei.

Huawei turut mengumumkan tablet MediaPad M5 Android baru sebanyak tiga varian.

Satu dengan saiz 8.4inci dan dua lagi 10.8inci di mana salah satunya adalah versi Pro yang datang dengan pen stylus.

Ketiganya datang dengan skrin 2K, pembesar suara Harman Kardon dan sekurang-kurangnya 10 jam jangka hayat bateri apabila main video.

Apa komen anda?