[MWC2018] Fon Energizer ini boleh buat anda senyum lebar

Share Button

Selalu mengeluh bateri fon anda cepat habis? Kalau begitu, beli saja Energizer Power Max P16K Pro yang mempunyai bateri berkapasiti 16000mAh.

Ya, penulis tidak salah tambah ‘0’ apabila Energizer mampu menghasilkan bateri berkapasiti besar tersebut.

Secara teorinya, ia mampu memberi jangka hayat bateri kepada anda selama 5 hari pada penggunaan aktif.

Ia hanya akan dijual pada September 2018 pada harga bermula RM2,700 dengan saiz skrin 6 inci tapi agak tebal iaitu 15mm.

Bagaimanapun, Malaysia bukan sasaran jualan jadi anda boleh membelinya dari luar negara.

Meskipun tebal, ia masih datang dengan skrin fullview dengan skrin 18:9 dan dwi kamera di belakang, 16MP dan 13MP.

Ia juga dipasang dengan RAM 6GB serta storan 128GB dengan prosesor Mediatek Helio P23.

Dengan kapasiti besar tersebut, ia masih mampu dicas penuh dalam tempoh 90 minit.

Apa komen anda?