[MWC2018] ASUS Zenfone 5 ‘Sebijik’ iPhone X

Share Button

ASUS melancarkan fon terbaru, Zenfone 5 dan ia ‘sebijik’ macam iPhone X.

Siri ASUS Zenfone 5 termasuk Zenfone 5, Zenfone 5Z dan Zenfone 5 Lite di mana kesemuanya mempunyai skrin besar pada body yang kecil.

Zenfone 5 dan Zenfone 5Z mempunyai rekaan body gelas dengan warna biru atau perak untuk dipilih.

Nisbah skrin-ke-body menjangkau 90% di mana saiz skrin 6 inci mampu dimampatkan pada telefon bersaiz 5.5 inci.

Skrin jenis IPS Full HD+ tersebut dipasang pada dua model Zenfone ini. Bahagian belakang juga siap dengan permukaan licin yang boleh bertukar suhu warnanya berdasarkan ambien pencahayaan ketika itu.

ASUS Zenfone 5 Lite pula bersaiz 6 inci Full HD+ IPS dengan 18:9 namun saiznya bodynya bukan 5.5 inci.

Zenfone 5, Zenfone 5Z mempunyai dua kamera di belakang dan posisi kameranya juga sama dengan iPhone X, lensa kamera 12MP dengan f1.8 dan lensa kedua pula boleh merakam visual sudu lebar 120 darjah.

Keduanya boleh merakam video 4K dan mempunyai fungsi artificial intelligence atau AI yang mengesan jenis rakaman anda mahukan.

Kamera depan pula 8MP f2.0 tapi ia mempunyai mod manual.

Siri Zenfone 5 ini mempunyai bateri berkapasiti 3300mAh dan ia mempunyai cas pantas AI yang mengikut tabiat cas anda.

Zenfone 5Z mempunyai RAM hingga 8GB dengan set cip Snapdragon 845 manakala Zenfone 5 hanya dengan RAM 4GB dan Snapdragon 636.

Zenfone 5 Lite pula lebih rendah dengan Snapdragon 630 dan RAM 4GB.

Dari aspek storan, Zenfone 5Z datang dengan 256GB manakala Zenfone 5 dan Zenfone 5 Lite hanya 64GB.

Zenfone 5, Zenfone 5Z datang dengan Android Oreo tapi versi Lite masih Android 7.

Ketiga-tiga fon ini akan dibawa masuk ke Malaysia pada April ini dengan harga bermula RM899.

Apa komen anda?