[MWC2018] Siapa telco Malaysia pertama guna 5G?

Share Button

Huawei mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi di dunia untuk menyediakan rangkaian 5G termasuk di Malaysia.

TheSkop yang kini berada Barcelona sempena Mobile World Congress 2018 dimaklumkan Celcom Axiata bakal menjadi telco pertama menerima cip rangkaian 5G dari Huawei.

Beberapa eksekutif Celcom Axiata juga dilihat berada di Barcelona untuk pengumuman kerjasama 5G hari ini.

Cip dinamakan Balong 5G01 menyokong Standard 3GPP baru untuk rangkaian 5G dan mampu menyediakan muat turun hingga 2.3Gbps.

Cip tersebut akan mula diperkenalkan untuk modem jalur lebar mudah alih atau mobile broadband terlebih dulu.

Huawei menyediakan penyelesaian yang lengkap digunakan ketika era internet untuk segalanya atau IOT nanti.

Cip tersebut menjadi pesaing Qualcomm yang menghasilkan Snapdragon X24.

Rangkaian 5G akan digunakan sepenuhnya Celcom pada tahun 2020.

Comments

Apa komen anda?