Maxis hilang pelanggan

Share Button

Maxis Berhad atau Maxis mengakui hilang pelanggan prabayarnya tahun lepas berikutan asas langganan yang lebih rendah.

Hasil prabayar merosot sebanyak 3.7% kepada RM3.8 bilion berbanding RM4 billion tahun yang lalu disebabkan persaingan harga yang agresif, perpindahan pelanggan prabayar ke pascabayar dan penyatuan SIM di pasaran.

Purata penggunaan 2 juta pelanggan Hotlink FAST menyaksikan mereka membelanjakan RM43 sebulan.

Pascabayar pula menyumbangkan peningkatan sebanyak 4.2% dengan hasil sebanyak RM4.1 bilion berbanding RM4 bilion pada tahun lalu menyaksikan mereka membelanjakan purata RM117 sebulan.

Penggunaan data di kalangan pelanggan meningkat hampir dua kali ganda kepada 7.4GB pada 2017 berbanding 4.1GB pada 2016.


Ia disokong peningkatan dalam penembusan telefon pintar yang kini sudah mencapai 81% berbanding 76% tahun lalu

Rangkaian 4G LTE Maxis adalah yang paling luas di negara ini dengan liputan penduduk sebanyak 92%.

Maxis juga kekal fokus pada MaxisONE Prime, pelan keluarga yang menyeluruh dengan data tanpa had dan sambungan berkelajuan tinggi untuk seluruh keluarga, mudah alih dan kediaman, disokong oleh fiber kediaman yang amat pantas.

Comments

  1. Osman b ibrahim

    Perkhidmatan laen lbh dari maxis .Maxis akn hilang lbh bnyak lg pelanggan jika Tiada tawaran yg lbh baek dan memuaskn

  2. Mohd rezuan hassan

    Maxis punya line internat lembab lah. …pantas apa kebenda nye menipu lebih..sakit hati guna internat line maxis…..kejap2 hilang line

Apa komen anda?