Masih tak tahu pilih fon apa? Cuba tengok 7 gambar kucing cantik ini

Share Button

Anda masih pening memilih telefon mana yang perlu dibeli? Mungkin 7 gambar kucing ini boleh membantu anda.


Kamera telefon lebih cantik, kesan bokeh lebih dalam serta rekaan cantik elegen. Itulah yang ada pada Huawei Mate 10.

Kamera dwilensa Leica jenis SUMMILUX-H mempunyai apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.

Ciri penting yang dilihat pada fon baru ini adalah operasinya yang pantas bermula dengan mengimbas cap jari hingga menukar satu app ke app lain dengan pantas. Semuanya hasil kehadiran cip pemproses secemerlang Kirin 970 dan penggunaan antara muka EMUI 8.0.

Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB.

HUAWEI Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci dijual di Malaysia pada harga RM2,699.

Selain Mate 10, terdapat juga Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design.

Apa komen anda?