Laptop harga Yahudi

Share Button

Microsoft Surface Book 2 mula membuka tempahan hari ini namun jangan terkejut dengan tanda harga ditawarkan.

Surface Book 2 menjadi laptop dua dalam satu Microsoft yang paling berkuasa dengan prosesor Intel Core gen-8 terkini dan grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 atau 1060 sehinggakan Surface Book 2 menjadi model lima kali ganda lebih hebat daripada pendahulunya.

Walau bagaimanapun, Surface Book 2 menyediakan hayat bateri sepanjang hari di mana is mampu bertahan sehingga 17 jam untuk video.

Bagi pengguna yang mencari peranti yang berkuasa dan mudah alih, Surface Book 2 (13.5″) kurang 1.5kg dan dibuat dari premium, bahan ringan yang mengimbangi prestasi dengan saiz.

Peranti ini telah direka supaya pengguna dapat memisahkan lebih cepat skrin dengan hanya menekan satu butang. Di samping itu, Surface Book 2 hanya boleh dilipat untuk mengaktifkan Mod Studio untuk lakaran dengan Surface Pen dan Surface Dial.

Tersedia dalam saiz 13.5” atau 15″, dan menampilkan paparan PixelSense yang menarik dan ‘sharp’ menyokong pelbagai sentuhan, Surface Book 2 memberi kuasa kepada pengguna.

Untuk artis dan kreatif visual, Surface Book 2 menyampaikan hampir tujuh juta piksel pada skrin, memberikan kepadatan piksel yang menakjubkan pada kanvas digital.

Bagi pengguna yang memerlukan produktiviti semasa dalam perjalanan, Surface Book 2 dengan Windows 10 Pro menyokong aplikasi Microsoft Office.

Peranti ini juga membawa pelbagai port lengkap, termasuk USB, USB-C, dan pembaca SD bersaiz penuh supaya lebih mudah untuk disambungkan ke peranti lain, aksesori dan kad memori.

Surface Book 2
-13.5” Intel® Core™ i5, 256GB SSD, 8GB RAM, Intel® HD Graphics 620 RM 6,899
-13.5” Intel® Core™ i7, 256GB SSD, 8GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1050 RM 8,899
-13.5” Intel® Core™ i7, 512GB SSD, 16GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1050 RM 11,999
-13.5” Intel® Core™ i7, 1TB SSD, 16GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1050 (akan datang) RM 13,399
-15” Intel® Core™ i7, 256GB SSD, 16GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1060 RM 10,799
-15” Intel® Core™ i7, 512GB SSD, 16GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1060 RM 12,499
-15” Intel® Core™ i7, 1TB SSD, 16GB RAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (akan datang ) RM 14,199

Apa komen anda?