Ini harga dan tarikh jualan Samsung Galaxy S9, S9+

Share Button

Samsung Malaysia mula menjual Galaxy S9 dan S9+ pada harga RM3,299.

Tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu di Malaysia.

Manakala S9+ pula dijual pada harga bermula RM3,799 untuk 64GB+RAM 4GB, RM3,999 untuk 128GB+4GB dan RM4,399 untuk 256GB+6GB.

Warna sama juga ditawarkan untuk S9+.

Pra tempahan bermula 1 Mac ini dan pengguna akan memperoleh barangan Harmon Kardon bernilai RM699.

Pertama kali, program trade in dengan nilai tinggi sekiranya anda mula menjual fon anda kepada Samsung.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga lengkap kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada waktu gelap.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut datang dengan Super Slo Mo 960fps.

Super slo mo juga boleh dijadikan fail GIF dan lebih menarik, wallpaper bagi peranti Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Kali ini, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Galaxy S9 mempunyai kamera 12MP AF di belakang dengan 8MP f1.7 di depan tapi Galaxy S9+ lebih hebat dengan dwi kamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4.

Kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

Apa komen anda?