iflix, kaki bola tak sama macam K-pop ya

Share Button

iflix, yang menyediakan kandungan strim memperoleh hak penyiaran untuk bola sepak dan minggu lepas adalah kali pertama peminat bola sepak di negara ini memperoleh semua enam perlawanan tanpa gagal di depan skrin telefon masing-masing.

Di sebalik kesediaan iflix yang melabur sebanyak RM300 juta untuk 10 tahun akan datang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM merangkumi hak penyiaran Liga Super, Liga Premier dan Piala FA di Malaysia, ada sudut kegagalan yang agak serius.

Pertama kali menganjurkan siaran bola sepak bukan seharusnya menjadi alasan kepada iflix untuk menjawab kegagalan tersebut.

Sam yang menonton perlawanan pertama melibatkan PKNP FC menentang Negeri Sembilan dengan perlawanan yang bermula pada 4.45 petang pada cuti umum hari Wilayah lepas agak geram apabila perlawanan sering ‘buffer’ pada setiap 30 saat.

Sam terpaksa keluar semula dari antaramuka dan yang paling mengejutkan, terpaksa log in semula akaun dan kata laluan.

Selepas berpuluh kali terpaksa melakukan perkara sama, Sam akhirnya mengaku kalah. Setiap kali siaran ditawarkan (bukan pada HD), skrin hitam akan muncul.

Itu bukan perlawanan tumpuan. Perkara sama terjadi apabila Piala Sumbangsih antara Kedah dan JDT. Teruk juga Sam terpaksa mengurut dada mahu dipecahkan saja telefon dek kerana sambungan atau kehilangan isyarat yang teruk.

Sudah bertukar antara rangkaian 4G hingga WiFi yang disediakan Unifi dengan kadar muat turun mengikut Speedtest 10Mbps.

Seharusnya, pada kadar 1Mbps pun sudah boleh menonton siaran langsung di fon dengan lancar tanpa sekatan.

Kadar tersebut sangat ideal meskipun anda berada di ceruk kampung mana sekalipun dengan rangkaian minimum 3G.

iflix meminta maaf dengan memaklumkan masalah server sebagai punca. Memang, setiap kali berlaku apa-apa, sudah pasti server yang akan disalahkan.

iflix perlu ingat perkara ini, peminat bola sepak bukan seperti peminat K-pop. Jangan main-main dengan tahap fanatik apabila tidak dapat menonton bola sepak.

Takkan iflix tidak belajar tentang pertambahan penonton apatah lagi selepas mesyuarat dan memutuskan untuk masuk bid dalam menyediakan siaran langsung.

Jangan salahkan beta, jangan salahkan server. Penonton sudahlah marah dengan ‘server’ yang bergerak seakan siput.

Kalau unifi TV mampu tawarkan siaran yang berkualiti, kenapa tidak iflix. Siaran unifi jauh lebih cemerlang dan mudah akses.

Iflix kena ingat tentang implikasi terutama pada jenama selepas berbelanja ratusan juta untuk bersetuju.

Negatif impak, kepercayaan penonton akan terjejas, branding akan nampak sangat lemah.

Semuanya hanya kerana ‘mahu buat tapi persediaan macam tahi’. Semakan terperinci atau due dilligence sebelum perlawanan bermula lemah.

Back end terlalu Sajat untuk menerima permintaan.

Cepat betulkan keadaan iflix, sekadar tawar tiga bulan langganan percuma tak cukup!

Apa komen anda?