HTC U12 mahu elak bayang-bayang

Share Button

HTC U12 menjadi nyawa baru kepada HTC. Meskipun model sebelum ini, HTC U11 sememangnya peranti yang hebat namun ia tenggelam dibayangi nama-nama besar daripada Huawei, Samsung dan Apple.

Tanpa kempen pemasaran yang berterusan, HTC U11 sememangnya hambar dan HTC perlu menyusun semula rancangannya tahun ini bagi menjadikannya relevan.

HTC U12 dijangka diperkenalkan pada bulan Mei nanti dengan gerenti pada prosesor Qualcomm Snapdragon 845.

U12 juga mengekalkan ciri sama pada U11 iaitu skrin jenis quad HD namun bakal mempunyai format FullView 18:9 berbanding 16:9 pada U11.

Selain itu, ia akan mempunyai skrin lebih besar iaitu 5.7 inci berbeza dengan saiz 5.5 inci pada U11.

HTC U12 akan dipasarkan dengan RAM 6GB selain storan 128GB.

Untuk kamera, HTC U12 mahukan tetapan dwi kamera pada kamera belakang dan ada juga pandangan yang mengatakan dua kamera juga mahu dipasang di depan.

HTC U11 terlalu dibayangi jenama lain

Apa komen anda?