Fon Xiaomi skrin penuh paling murah

Share Button

Murah dan sesuai untuk mereka yang ‘bajet tak keras’. Xiaomi mula menjual dua fon, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus di mana kedua-duanya datang dengan skrin jenis FullView 18:9 serta prosesor Qualcomm 14m.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dibezakan dengan prosesor, saiz, RAM dan storan tetapi keduanya mempunyai kuasa kamera sama yang mempunyai sensor piksel lebih besar 1.25um sesuai untuk gambar cantik.

Redmi 5 berdasarkan Qualcomm Snapdragon 450 manakala dan Redmi 5 Plus pula Qualcomm Snapdragon 625.

Kamera depan juga mempunyai kamera swafoto 5 megapiksel yang lebih baik berbanding model-model murah Xiaomi sebelum ini.

Redmi 5 (3300mAh) dan Redmi 5 Plus (4000mAh) mempunyai keupayaan bateri berbeza namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.

Dibezakan dengan saiz, paparan 18:9 disediakan untuk Redmi 5 yang bersaiz 5.7 inci manakala Redmi 5 Plus pula bersaiz 5.99 inci.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ditawarkan dengan warna biru, hitam dan emas.

Versi pertama iaitu RAM 3GB+32GB (Redmi 5) dan 4GB+64GB (Redmi 5 Plus) ditawarkan untuk kedua-dua model ini bermula semalam di tiga stor Mi Stores dan e-dagang rasmi Lazada.

TheSkop juga dimaklumkan, versi 2GB + 16GB akan ditawarkan kemudian.

Xiaomi Redmi 5 dijual pada harga RM679 dan Redmi 5 Plus pula berharga RM749. Jika anda berminat membelinya, ia hanya ditawarkan di tiga stor rasmi Mi Store iaitu IOI Mall, KLCC dan Pulau Pinang tapi anda boleh membelinya online di laman rasmi Xiaomi di Lazada.

Apa komen anda?