Fon pertama dengan Touch ID tapi tersungkur

Share Button

Oleh Faiz Zainal (Hype Gadgets)

Touch ID di skrin yang pertama diperkenalkan Vivo dengan model X20 Plus UD.

Walaupun Vivo adalah jenama dari negara china yang mempunyai reputasi kurang mendapat sambutan oleh peminat Android jika di bandingkan dengan jenama lain seperti Huawei dan Xiaomi, Vivo telah memperkenalkan satu inovasi Touch ID pada skrin.

Berikut adalah beberapa fakta tentangnya :

1. Touch ID pada skrin ini tidak selaju Touch ID berbentuk fizikal dan tidak selaju Face ID.

2. Jika di lihat dengan teliti di skrin, akan terlihat sensor berwarna keemasan terletak di bahagian bawah skrin.

3. Menggunakan skrin 6.43″ inci dengan paparan Super AMOLED (2,160×1,080 pixels) dan hanya menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660.

Pandangan saya tentang model ini, dengan menggunakan Snapdragon 660, ternyata model ini bukan Flagship killer.

Kalau harga dia melebihi RM2,000 lebih bagus memilih peranti yang menggunakan Snapdragon 835 dengan spesifikasi yang hampir sama.

Yang pertama selalunya bukan yang terbaik.

Apa komen anda?