Digi tawar **GB data pada harga RM**

Share Button

Jika anda mahukan data Internet sebanyak 32GB sebulan dengan bayaran rendah, mungkin boleh memilih Digi Postpaid 38 baru yang sedang dalam promosi.

Promosi ini bagaimanapun hanya terhad kepada stor-stor Digi saja di seluruh negara dan anda perlu bertanyakan stor tersebut tentang promosi ini.

Digi Postpaid baru ini menawarkan 32GB data internet pada harga RM38 sebulan.

Tiada kontrak dikenakan untuk pelan ini.

Namun jangan cepat menarik nafas lega kerana data yang ditawarkan hakikatnya 2GB sebulan manakala 30GB lain pula adalah dikategorikan sebagai biGBonus iaitu antara ciri pemasaran Digi.

BigBonus adalah penggunaan internet dari pukul 1 tengahari hingga 7 petang setiap hari.

Ia bermakna 30GB internet tersebut hanya boleh digunakan bagi tempoh masa itu.

TheSkop menerima aduan sesetengah pelanggan sebelum ini mengeluh kerana data dipotong meskipun dalam tempoh biGBonus.

Digi mencadangkan, pelanggan menutup dulu telefon beberapa saat sebelum 1 tengahari dan membukanya kembali selepas itu bagi penggunaan biGBonus.

Apa komen anda?