WhatsApp tak selamat terutama group anda sekarang!

Persidangan keselamatan Real World Crypto yang berlangsung di Zurich, Switzerland perlu mengejutkan kita apabila sekumpulan penyelidik dari Universiti Ruhr Bochum, Jerman menjumpai kebocoran data serius pada aplikasi permesejan termasuk WhatsApp.

Turut terkesan, aplikasi seperti Signal dan Threema.

Kumpulan penyelidik tersebut menjumpai tahap keselamatan lemah yang menyebabkan kebocoran sistem belakang tiga aplikasi permesejan.

Paling serius, tahap keselamatan WhatsApp yang terdedah kepada penggodam sehingga mereka mampu mengawal pelayannya dengan memasukkan individu halimunan dalam ciri group WhatsApp tanpa meminta kebenaran admin atau pentadbir group tersebut.

Victor Chebyshev, penyelidik keselamatan Kaspersky Lab, mengesahkan perkara ini dan turut menjumpai masalah keselamatan dalam prasarana penyedia aplikasi permesejan.

Chebyshev dan pasukan Kaspersky menjumpai masalah siber dalam prasarana WhatsApp, Signal dan Threema di mana penggodam boleh menjadi ahli baru dalam group tanpa disedari ahli lain.

Paling mengejutkan, ia membolehkan penggodam melihat keseluruhan perbualan dan memperoleh maklumat peribadi seperti nama dan nombor telefon.

Chebyshev menasihatkan pengguna untuk memberi perharian kepada grup perbualan secara manual terutama kepada ahli baru, mengelak untuk berkongsi maklumat peribadi yang sensitif serta memasang penyelesaian keselamatan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: